HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 6 TAHUN 2024: JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PADU HOUR

Assalamualaikum w.r.t dan Selamat Sejahtera, 

YBhg. Prof. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan, 

HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 6 TAHUN 2024: JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PADU HOUR 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.         Sepertimana YBhg. Prof. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah meluncurkan PADU pada 2 Januari 2024 lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sistem PADU yang dikawal selia oleh Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) merupakan pangkalan data  berpusat dan bersepadu berkaitan individu dan isi rumah rakyat Malaysia yang mengintegrasikan maklumat dan data daripada pelbagai kementerian dan agensi, termasuk daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. 

3.         Matlamat utama pembangunan sistem PADU adalah untuk meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan agar lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak. lnisiatif ini bagi membolehkan kerajaan mengoptimumkan sumber yang terhad untuk pelaksanaan program dan projek sosioekonomi yang lebih produktif dan memberi impak maksimum kepada rakyat. Selain itu, pelaksanaan PADU akan dapat membantu kerajaan memperkukuhkan kedudukan fiskal negara di samping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh yang demikian, kerjasama seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. 

4.         Sehubungan itu, bagi meningkatkan prestasi pengisian maklumat warga staf dan pelajar IPT dalam sistem PADU, Pasukan Kerja PADU akan mengadakan PADU Hour pada 22 Januari 2024 (Isnin) 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kempen ini adalah bertujuan bagi menggalakkan pendaftaran dan pengisian PADU di kalangan rakyat Malaysia. Kerjasama YBhg. Prof. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan adalah amat diperlukan untuk memanjangkan kepada staf akademik, staf bukan akademik dan pelajar. 

5.         Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Prof. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.   

"MALAYSIA MADANI"  

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”   

Saya yang menjalankan amanah, 

(MOHD AZIZUDIN BIN MOHD SHARIFF) 
Menjalankan Fungsi Pendaftar 

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718