Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menganjurkan Get Ready for University Programme (GEAR Up!) 2025 pada 22 – 24 April 2025 bertempat di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Program ini adalah berbentuk bengkel indoor serta outdoor dan dikhususkan kepada pelajar lepasan SPM 2024. Antara pengisian program ini adalah meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kehidupan sebagai pelajar universiti serta mengenali dengan lebih dekat program-program kejuruteraan yang ditawarkan oleh USM.
3. Pelajar lepasan SPM 2024 yang sedang mencari laluan pendidikan selepas SPM serta berminat untuk belajar bersama MARA adalah dipelawa untuk memohon bagi menyertai program ini. Berikut disertakan butiran lanjut program:
Tarikh
|
:
|
22 – 24 April 2025
|
Tempat
|
:
|
Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal
|
Yuran
|
:
|
Yuran Pendaftaran PERCUMA
(Penginapan, Pengangkutan, Makan Minum & Modul disediakan)
|
Permohonan
|
:
|
https://forms.office.com/r/3k5gLgmJXE
|
4. Untuk pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Puan Ily Nadrah di talian 019-574 2485 atau Encik Abdul Aziz di talian 012-457 8358. Untuk makluman, tempat yang disediakan adalah terhad. Sokongan dari tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
b/p: ROSLAN ISMAIL
Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar, USM