HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 19 TAHUN 2024 : HEBAHAN KAUNTER BAGI PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN PADU DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024. Sistem PADU merupakan pangkalan data utama Kerajaan ke arah mewujudkan satu ekosistem pemberian bantuan yang lebih sistematik dan perancangan polisi yang lebih holistik. Pendaftaran dan pengemaskinian PADU turut dapat mengelakkan rakyat yang berkelayakan daripada keciciran untuk sebarang bantuan/subsidi bersasar dan pelbagai program yang dirancang oleh kerajaan di masa akan datang.
3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Pulau Pinang akan membuka kaunter pendaftaran PADU bagi mengemaskini profil individu dan isi rumah warga Universiti Sains Malaysia (USM) seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 hingga 29 Februari 2024 (Selasa hingga Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Ruang PURPLE, Bangunan Canselori II, USM
4. Segala perhatian dan kerjasama Ybhg. Datuk/Dato' Seri/ Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
b/p Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff
Ketua Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar