• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN PENDAFTAR BIL.1 TAHUN 2026 - HEBAHAN PELAWAAN ASET KERETA UNTUK DILELONG

HEBAHAN PENDAFTAR BIL.1 TAHUN 2026 - HEBAHAN PELAWAAN ASET KERETA UNTUK DILELONG

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Profesor/YBrs. Dr./Tuan/Puan

HEBAHAN PENDAFTAR BIL.1/2026 - HEBAHAN PELAWAAN ASET KERETA UNTUK DILELONG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Dimaklumkan Pejabat Pendaftar ingin mempelawa sesiapa yang berminat untuk menilai dan membeli dua (2) buah kenderaan Proton Perdana V6 yang diluluskan untuk Lupus dan Jual oleh Jawatankuasa Pelupusan Aset dan Barang (JPAB) Kampus Induk bermula 2 Januari 2026 (10.00 pagi) sehingga 12 Januari 2026 (jam 12.00 tengah hari).

3.    YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Profesor/YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh hadir ke lawatan tapak dan mendapatkan dokumen sebut harga daripada Cik Nurul 'Aqidah binti Moklis melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi di talian 04-6532433. Butiran tarikh lawatan untuk melihat dan memeriksa kenderaan adalah seperti berikut:

Tarikh : 7 Januari 2026 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Parkir Kenderaan Universiti, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia

4.    Dokumen sebut harga boleh diperoleh di Unit Perkhidmatan Kemudahan Pusat (UPKP), Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang pada waktu Pejabat:

Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
             2.30 petang hingga 4.30 petang
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
             3.00 petang hingga 4.30 petang

Sekian, untuk makluman.

Terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Pejabat Pendaftar
Universiti Sains Malaysia (USM)
Tel.: 604-653 3111/2403

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Thursday 12 March 2026.