Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan & Kesejahteraan Staf (UPKS), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Podcast: Sembang Kaunselor BSM USM 2026 seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 11 Mac 2026 – 14 Mei 2026
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Medium : Facebook Live menerusi Laman Facebook Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM
Untuk makluman YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, penganjuran podcast ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Bahagian Sumber Manusia dalam memperkukuh agenda kesejahteraan mental dan psikososial warga universiti. Seiring dengan keperluan semasa yang menuntut keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan kesejahteraan diri, platform ini diwujudkan sebagai ruang diskusi terbuka, santai dan berinformasi yang mengetengahkan isu-isu berkaitan kesihatan mental, kaunseling, psikologi serta pembangunan diri.
Podcast yang dijalankan secara berepisod ini bakal dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Psikologi Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dan akan menemui anda secara langsung menerusi Facebook Live di Laman Facebook Perkhidmatan Perundingan dan Kaunseling Staf USM dengan pendekatan mesra audiens serta berfokus kepada perkongsian praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan serta persekitaran kerja.
Sehubungan dengan itu, semua warga USM dijemput untuk menyertai program ini secara PERCUMA, dengan pemberian mata myCPD bagi Staf dan myCSD bagi Pelajar USM. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Cik Nur Amalina Mohd Sagaf (Sambungan 6243 |
Sokongan dan penyertaan semua warga USM amatlah dihargai dalam usaha menyemarakkan lagi usaha membudayakan kesejahteraan mental dan persekitaran kerja yang sihat di Universiti.
Sekian, terima kasih.
b/p Encik Muhammad Firdaus bin Abu Mansor K.B;P.A.
Pegawai Psikologi
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718