• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN BSM : PENGISIAN PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MyPsyD)

HEBAHAN BSM : PENGISIAN PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MyPsyD)

BSM 20240502

Assalammualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera.

YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. Dr./Tuan/Puan,

PENGISIAN PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MyPsyD)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan No. Rujukan : JPA.600-21/5/5/5 (46) bertarikh 26 Februari 2024 adalah berkaitan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah membangunkan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Awam (MyPsyD) bagi mengenal pasti tahap risiko kesihatan psikologi pegawai. Pengenalpastian risiko tahap kesihatan psikologi ini membolehkan setiap pegawai mengekalkan kesejahteraan di samping mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian sekiranya tahap risiko kesihatan psikologi adalah tinggi.

3.      Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan hasrat mempromosikan kesejahteraan psikologi, semua staf berstatus TETAP dan mempunyai HRMIS di semua kampus (kecuali staf HUSM) adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan profiling MyPsyD melalui pautan https://mypsyd.jpa.gov.my atau scan kod QR seperti di dalam poster yang tertera. 

4.     Adalah dimaklumkan, soal selidik ini boleh diakses bermula 2 Mei 2024 hingga 31 Mei 2024. Oleh kerana dalam tempoh yang sama, pelbagai agensi akan melengkapkan MyPsyD ini, berkemungkinan sistem akan mengalami kesesakan yang tinggi dan pihak JPA mencadangkan untuk melayari laman web ini di luar waktu bekerja. 

5.      Pihak YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. Dr./Tuan/Puan, juga dimohon untuk mengemas kini data peribadi dan data kesihatan kendiri di dalam HRMIS bagi melengkapkan profiling MyPsyD.

6.      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai KPT dan JPA seperti berikut:

Puan Nor Azizi binti Mansor/ Puan Rumaizah binti Md. Rejab
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPT
Tel: 03-8870 5221/5224
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Dr. Naniyati binti Shuib
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel: 03-8885 5722
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 7.      Segala kerjasama dan perhatian dari pihak YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

b/p     Puan Norazlinda binti Muda
            Pegawai Psikologi Kanan
            Bahagian Sumber Manusia
            Jabatan Pendaftar

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718