HEBAHAN BSM : PENGISIAN MAKLUM BALAS PENILAIAN IDEAL, PERIBADI DAN ORGANISASI (IPO) BAGI SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Tuan/Puan,
PERINGATAN MESRA: PENGISIAN MAKLUM BALAS PENILAIAN IDEAL, PERIBADI DAN ORGANISASI (IPO) BAGI SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam adalah untuk melihat pengamalan nilai individu dan organisasi dengan memberi tumpuan dalam aspek integriti, kerohanian dan psikologi.
3. Arahan pelaksanaan SPAN 2.0 ini dipanjangkan kepada semua kementerian/ jabatan/ agensi Kerajaan untuk melaksanakan pengurusan amalan nilai secara holistik bagi meningkatkan tahap pengamalan nilai dan integriti dalam kalangan pegawai/penjawat awam.
4. Sehubungan dengan itu, semua Staf USM yang berstatus tetap (Kecuali Staf HUSM) dan mempunyai akaun HRMIS adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklum balas IPO ini selewat-lewatnya pada 30 November 2024 melalui pautan atau Kod QR seperti di bawah.
5. Bantuan dan kerjasama daripada semua Ketua Jabatan di setiap Pusat Tanggungjawab amatlah diharapkan dalam memastikan warga staf yang terlibat dapat meluangkan masa untuk menjawab maklum balas IPO ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Pautan: https://insan.jpa.gov.my/invitation/3e5f077d-749f-44b6-976e-953e26aa3d5f
6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang perkara ini, YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut:
a) Puan Norazlinda Binti Muda - 04 653 6096 /
b) Encik Mohamad Shafieq Bin Ishak - 04 653 6072 /
Sekian, terima kasih.
b/p Puan Norazlinda Binti Muda
Pegawai Psikologi Kanan
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia