• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN BSM : KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN KETERLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM 2023

HEBAHAN BSM : KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN KETERLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM 2023

KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN KETERLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM 2023

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pengurusan dan pembangunan manusia sektor awam yang berkesan adalah penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan memenuhi aspirasi Kerajaan dengan berteraskan konsep Malaysia MADANI. Dalam memastikan hasrat tersebut dapat dicapai, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan Indeks Kesejahteraan Psikologi yang berupaya untuk mengukur tahap kesejahteraan psikologi dan keterlibatan pegawai perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas.

3. Selaras dengan hasrat tersebut, mohon jasa baik YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk memanjangkan hebahan ini dan seterusnya memastikan staf di bawah Pusat Tanggungjawab masing-masing dapat melengkapkan Kajian lndeks Kesejahteraan Psikologi dan Keterlibatan Pegawai Perkhidmatan Awam 2023 melalui pautan https://ikpm.jpa.gov.my .Kajian ini boleh dilengkapkan bermula 15 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Norazlinda Binti Muda, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia di sambungan 6096 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5. Perhatian dan kerjasama dari YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Jabatan Pendaftar

BSM 20230615

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718