GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 31 Ogos 2026 – Seramai 47 warga staf Universiti Sains Malaysia (USM) dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah menyertai kontinjen perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Padang Kota Lama.
Menampilkan konsep pahlawan, kontinjen USM tampil dengan busana yang menggabungkan warna dan identiti bendera Pulau Pinang serta Jalur Gemilang sebagai simbol keberanian, semangat juang dan kecintaan terhadap negeri dan negara.
Penyertaan ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi platform untuk warga USM bersama-sama masyarakat menzahirkan semangat patriotisme dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Kontinjen perbarisan ini diselaras oleh Mohamad Shafieq Ishak, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, dengan bantuan dan sokongan daripada staf Unit Perhubungan dan Kesejahteraan Staf serta Unit Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
Persediaan rapi turut dilaksanakan sepanjang bulan Ogos menerusi beberapa sesi latihan dan raptai bagi memastikan setiap anggota tampil dengan penuh disiplin, komitmen dan semangat kebersamaan pada hari perbarisan.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga staf serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penyertaan Kontinjen Perbarisan USM pada tahun ini.
Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718