• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • USM RAI MESYUARAT SENAT KE-300, HARGAI SUMBANGAN AHLI SENAT SESI 2023–2026

USM RAI MESYUARAT SENAT KE-300, HARGAI SUMBANGAN AHLI SENAT SESI 2023–2026

USM PULAU PINANG, 30 Julai 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meraikan satu detik bersejarah Mesyuarat Senat buat kali ke-300, disambut dalam satu majlis ringkas sebagai tanda penghargaan terhadap perjalanan dan kecemerlangan tadbir urus akademik universiti sejak penubuhannya.
Majlis diserikan dengan upacara simbolik memotong kek sempena Mesyuarat Senat Ke-300 yang disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.

Turut bersama dalam upacara tersebut ialah Pendaftar Universiti Sains Malaysia merangkap Setiausaha Mesyuarat Senat Universiti Sains Malaysia, Mohd Azizudin Mohd Shariff.

Sebagai sebahagian daripada pengisian majlis, USM turut mengadakan Majlis Penghargaan kepada professor-profesor dipilih sebagai Ahli Senat bagi Sesi 2023 – 2026 sebagai pengiktirafan terhadap jasa, komitmen dan sumbangan mereka dalam memperkukuh tadbir urus akademik serta memacu kecemerlangan universiti sepanjang tempoh pelantikan.

Naib Canselor seterusnya menyampaikan surat Penghargaan dan cenderahati kepada profesor-profesor dipilih sebagai ahli Senat yang menganggotai jawatankuasa utama universiti sebelum diteruskan kepada ahli-ahli Senat yang lain.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menandakan pencapaian penting Mesyuarat Senat Ke-300, malah mencerminkan komitmen berterusan USM dalam menghargai sumbangan warga akademik yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh kecemerlangan serta kelestarian tadbir urus universiti.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar
Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq
Sumber : FB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Friday 28 August 2026.