USM-EMGS KONGSI STRATEGI PEMASARAN IKUT TREND TERKINI
USM PULAU PINANG, 8 Mac 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pendaftar USM hari ini telah mengadakan satu Sesi Perkongsian EMGS (Education Malaysia Global Services) bersama USM.
Perkongsian yang bertajuk Strategi Pemasaran Mengikut Trend Terkini disampaikan oleh Pengarah, Pemasaran Digital EMGS, Shahrill Sabarudin.
Sesi tersebut bertujuan untuk mendapatkan input daripada pihak EMGS berkenaan pemasaran digital mengikut trend terkini; dan proses serta isu pengurusan visa pelajar antarabangsa.
Selain itu, objektif perkongsian juga adalah untuk menggabungkan sumber bersama kesemua pemegang taruh USM (pasukan pemasaran) dalam penyediaan bahan promosi universiti yang seragam, dan merangka strategi pemasaran digital dan media sosial yang berkesan.
Sesi ini turut menampilkan perkongsian oleh Mohd Farha Md Ishak yang bertajuk International Student Management Services EMGS, dan sesi perkongsian oleh wakil USM, Timbalan Dekan USM@KL, Profesor Madya Dr. Hasrina Mustafa.
Terdahulu, Timbalan Pendaftar Kanan, BPA, Jabatan Pendaftar USM, Tn. Hj. Ramli Osman memberikan pengenalan program serta senario semasa dan statistik terkini pelajar antarabangsa di kesemua kampus USM.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa
Sumber : www.usm.my