TERIMA KASIH TUAN PENDAFTAR, JASAMU SENTIASA DIKENANG

USM PULAU PINANG, 21Disember 2023 - Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Dr. Musa Ali hari ini telah mengadakan lawatan singkat bertemu staf di pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) USM bersempena dengan hari terakhirnya di USM.

20231221 01

Dalam pertemuan ringkas itu, Musa Ali berterima kasih kepada semua staf-staf di PTJ atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya di USM.

Beliau secara khusus mengungkapkan penghargaan kepada setiap individu di PTJ atas dedikasi dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas masing-masing.

20231221 02

“Saya berharap agar semangat kerjasama yang kukuh ini dapat terus berkembang dalam kalangan staf USM untuk kejayaan institusi ini,” katanya.

Dalam lawatan singkat dan santai itu, staf Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) dan artis Dewan Budaya USM meraikan Musa Ali dengan persembahan istimewa sebagai menghargai segala sumbangan beliau selama ini.

20231221 03

Musa Ali turut mendendangkan dua buah lagu sebagai sebahagian daripada pengalaman perpisahan itu.

20231221 04

Seluruh warga USM mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan budi yang ditabur serta mendoakan agar Musa Ali dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

20231221 05

20231221 06

Hadir sama adalah isteri beliau, Datin Zurida Aziz serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Faizal Ashraf Ali

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 03 December 2024.