Pada 11 Februari 2026, Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Sesi Townhall Dasar Baharu Pengumpulan Mata CPD (2026) bagi memberi penerangan berkaitan pelaksanaan dasar pembangunan kompetensi baharu bermula tahun 2026.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, Pendaftar USM, yang menegaskan komitmen berterusan universiti dalam menyokong pembangunan bakat serta meningkatkan kompetensi dalam kalangan warga staf. Sesi diteruskan dengan penerangan oleh Pengarah PTI berhubung keperluan pengumpulan 40 mata CPD setahun bagi semua kategori staf pentadbiran.
Program ini turut menyaksikan Pelancaran Portal MyCPD Versi 3 sebagai platform rasmi pengurusan dan pemantauan mata CPD staf USM. Sesi townhall ini telah dihadiri hampir 1,100 orang staf secara bersemuka dan dalam talian.
Sumber : FB Pusat Transformasi Insan
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718