Pada 23 April 2026, Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Administrative Outreach Program (AOP) Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 4, Bahagian Sumber Manusia dengan penglibatan empat orang staf serta dihadiri oleh beberapa orang panel.
Antara peserta yang terlibat ialah Dr. Ahmad Zaimi bin Abdul Latiff yang berkongsi pengalaman dalam bidang Advanced Circumcision Training Course di Rumah Sunat Arrahman, Indonesia; Puan Norjuliana binti Mohd Noor dalam bidang Penentuan Kandungan Etilena Oksida Dalam Sampel Makanan Menggunakan Headspace GC-MS di Shimadzu Malaysia Sdn. Bhd., Selangor; Dr. Ruhaifi bin Abdullah Zawawi dalam bidang Analog IC Design di Gachon University, Korea Selatan; serta Puan Ezanaton Nisar binti Omar Hafizi dalam bidang Embriologi (Pre Genetic Testing/PGT) di Pusat Reproduktif Termaju, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesi perkongsian ini bertujuan memberi ruang kepada para peserta AOP untuk berkongsi pengalaman, idea baharu serta kepakaran yang diperoleh sepanjang penyertaan dalam bidang fokus masing-masing, di samping memperluas manfaat ilmu kepada warga universiti.
Penganjuran sesi ini diharapkan dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik, seterusnya menyemarakkan budaya pembelajaran berterusan, inovasi dan kecemerlangan dalam kalangan warga universiti.
#programptiusm
#AOPUSM
#perkongsianilmu
#usm
Sumber : FB Pusat Transformasi Insan
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718