Skip to main content

SENI MENGURUS EMOSI : “JIWA BERISI, KERJA PUN JADI”

Pada 21 April 2025, Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Seni Mengurus Emosi : “Jiwa Berisi, Kerja Pun Jadi” yang disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Abu Mansor, Pegawai Psikologi dari Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar sebagai penceramah jemputan.

Program ini bertujuan memberi kefahaman berkaitan konsep asas kecerdasan emosi serta kepentingannya dalam kehidupan dan kerjaya. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kaedah membina kesejahteraan mental, mengekalkan keseimbangan emosi dalam persekitaran kerja yang mencabar serta mengaplikasikan teknik pengurusan emosi secara berkesan dalam situasi kerja. Semoga program seumpama ini dapat membantu peserta meningkatkan kesejahteraan diri di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif dan produktif.

    #programptiusm
    #pengurusanemosi
    #kesejahteraanmental

    Sumber : FB Pusat Transformasi Insan