Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) Kumpulan Pelaksana yang melibatkan seramai 74 orang peserta. Program ini telah berlangsung selama lima hari, bermula 8 hingga 12 Jun 2026 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canselori II, Kampus Induk USM.
Program ini merupakan antara inisiatif penting universiti dalam membentuk warga staf yang berintegriti, berdisiplin dan memiliki jati diri yang kukuh, di samping memperkukuh pemahaman terhadap nilai, etika serta budaya kerja perkhidmatan awam dan universiti.
Selain menjadi salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan, program ini turut berperanan sebagai platform pembangunan sahsiah, pemerkasaan kompetensi dan pengukuhan budaya kerja cemerlang dalam kalangan staf pelaksana.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen yang amat baik, semangat kerjasama yang tinggi serta penglibatan aktif dalam setiap slot, aktiviti dan sesi pembelajaran yang dijalankan.
Semoga segala pengisian, ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat diterapkan dalam pelaksanaan tugas harian, seterusnya melahirkan warga staf yang berdisiplin, berintegriti, kompeten dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Universiti Sains Malaysia ke arah kecemerlangan yang berterusan.
#PTMPenang
#PTM2026
#ProgramTransformasiMinda
#StafPelaksana
#TransformasiInsan
Sumber : FB Pusat Transformasi Insan
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718