• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PROGRAM SINGGAH SANTAI KESEJAHTERAAN STAF SIRI 2 DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI USM

Program Singgah Santai Kesejahteraan Staf Siri 2 di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USM

Seiring dengan aspirasi universiti dalam memperkasa kesejahteraan staf secara holistik, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Perhubungan dan Kesejahteraan Staf (UPKS) dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM, telah menganjurkan Program Singgah Santai Kesejahteraan Staf Siri 2 di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) pada hari ini.

Program berbentuk jangkauan (outreach) ini merupakan kesinambungan usaha yang dilaksanakan secara berfasa di Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain. Ia dikendalikan oleh empat (4) Pegawai Psikologi bersama staf UPKS dengan matlamat memperluas capaian perkhidmatan kaunseling serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kalangan warga universiti.

Penyertaan staf JPPF amat memberangsangkan walaupun berdepan tuntutan tugas harian, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi terhadap kesejahteraan diri. Encik Mohd Salmi bin Ismail, Pengarah JPPF turut berkesempatan meluangkan masa hadir seketika sebagai tanda sokongan meskipun dalam jadual tugas yang padat.

Antara pengisian program termasuk sesi perkongsian berkaitan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling, kuiz interaktif melalui platform Kahoot dan Mentimeter, saringan awal kesejahteraan mental menggunakan ujian Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS), serta perkongsian teknik praktikal dalam pengurusan tekanan.

Sebagai pelengkap, kaunter pemeriksaan tekanan darah turut disediakan oleh Pusat Sejahtera USM bagi menyokong kesejahteraan fizikal staf. Penganjuran program ini diharapkan dapat terus menyumbang ke arah pengukuhan kesejahteraan mental dan fizikal warga USM secara berterusan dan menyeluruh.

    Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Wednesday 22 July 2026.