• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PEMANTAPAN FORMAT, TATABAHASA DAN PENULISAN DOKUMEN RASMI UNIVERSITI

PEMANTAPAN FORMAT, TATABAHASA DAN PENULISAN DOKUMEN RASMI UNIVERSITI

Pada 7 hingga 8 April 2026, Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Pemantapan Format, Tatabahasa dan Penulisan Dokumen Rasmi Universiti yang melibatkan peserta dalam kalangan staf Pengurusan dan Profesional.

Program ini disampaikan oleh Puan Sarina Razak, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia; Encik Roslan bin Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik; serta Dr. Ezaleena binti Mohd Khalid, Guru Bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan sebagai penceramah jemputan.
Program ini bertujuan memantapkan kemahiran penulisan dokumen rasmi dalam kalangan peserta, merangkumi surat menyurat, memo, minit mesyuarat dan emel rasmi. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada penggunaan tatabahasa dan gaya bahasa yang tepat, serta pendedahan kepada teknik dan format penulisan dokumen rasmi mengikut standard semasa.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti penulisan dokumen rasmi, seterusnya menyokong penyampaian maklumat yang lebih jelas, profesional dan berkesan dalam urusan pentadbiran universiti.

    #ptiusm
    #penulisandokumen
    #tatabahasa
    #usm

    #programptiusm
    #pengurusanemosi
    #kesejahteraanmental

    Sumber : FB Pusat Transformasi Insan

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Tuesday 28 April 2026.