Skip to main content

PROGRAM PSIKOSOIAL PUSAT PENYELIDIKAN BIOKIMIA ANALISIS (ABrC): PENGURUSAN STRES DAN KESIHATAN MENTAL BERSAMA PEGAWAI PSIKOLOGI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pada 11 Jun 2026 (Khamis) telah berlangsungnya sesi perkongsian Psikososial Pengurusan Stres dan Kesihatan Mental yang disampaikan oleh Encik Mohamad Shafieq bin Ishak, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan I2U, SAINS@USM.

Program anjuran Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) Universiti Sains Malaysia ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga staf mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan pengurusan stres di tempat kerja. Antara topik yang dikongsikan termasuk pengenalan kepada stres dan kesihatan mental, tanda-tanda awal stres dan burnout, kepentingan mendapatkan bantuan profesional, serta kaedah praktikal dalam menyokong persekitaran tempat kerja yang sejahtera.

Program turut diserikan dengan aktiviti interaktif yang memberi ruang kepada peserta untuk membuat refleksi kendiri dan meningkatkan pemahaman tentang pengurusan stres secara sihat dan berkesan.

Tahniah kepada pihak ABrC atas penganjuran program yang bermanfaat ini.

Sumber : FB Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM