PROGRAM PRA PERSARAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2025

Program Pra Persaraan bagi tahun 2025 ini kembali diadakan secara bersemuka setelah hampir empat (4) tahun ianya dilaksanakan secara dalam talian. Program ini dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan dan Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

Program Pra Persaraan ini merupakan program khas yang diaturkan untuk bakal pesara USM. Program ini memfokus kepada faedah-faedah pra persaraan yang bakal dinikmati oleh bakal pesara, pengurusan kewangan dengan lebih berhemah selepas bersara, serta pendedahan mengenai persediaan awal kepada pesara dalam membuat perancangan persaraan terutama dari aspek penjagaan kesihatan, mental dan fizikal.

Untuk program kali ini, peserta terdiri dari pesara wajib tahun 2027 dan pilihan bagi tahun 2025 bagi Kampus Induk, IPPT, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan yang melibatkan seramai 88 orang.

Program Pra-Persaraan ini telah dirasmikan oleh YBRS. Encik Mohd Azizudin Bin Mohd Shariff, Pendaftar, Universiti Sains Malaysia. Beliau dalam ucapannya telah mengatakan bahawa “yang penting bukan berapa lama kita berkhidmat, tetapi bagaimana kita berkhidmat dan bagaimana kita mencurah khidmat”. Segala kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang diperoleh semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam boleh menjadi aset untuk terus aktif dan menggapai lebih banyak kejayaan selepas persaraan.

Bagi pihak USM, beliau juga merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti bakal pesara selama berkhidmat di USM. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung atau tidak langsung telah membantu dan mencorakkan USM di kedudukan masa ini.

Program selama dua (2) hari ini juga diisi dengan taklimat oleh penceramah jemputan daripada Kelab Jasa Budi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga pegawai-pegawai USM.

Pihak urusetia mengucapkan semoga program ini memberikan manfaat dan membuka ruang kepada bakal pesara untuk merancang masa hadapan dengan lebih teratur dan bermakna.

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM

        Pautan Pantas

        Hubungi Kami

        Jabatan Pendaftar
        Aras 5,
        Bangunan Canselori,
        Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

        Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
        Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
        Fax : 604-6581718  |  

        Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
        dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

        Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

        Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

        • Last Modified: Tuesday 28 April 2026.