PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT JABATAN PENDAFTAR : PACU PRODUKTIVITI MELALUI AI & CHATGPT
12 Februari 2025 - Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan Program Pembangunan Bakat bagi staf di bawah Jabatan Pendaftar dengan tajuk "Pacu Produktiviti Melalui AI & ChatGPT". Program ini telah disampaikan oleh Coach Salwan dan diadakan di Bilik Seminar PTi dengan tujuan utamanya adalah untuk memberikan pendedahan serta kemahiran praktikal dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan, terutamanya ChatGPT, seterusnya meningkatkan produktiviti dan kompetensi staf dalam menghadapi cabaran digital masa kini.
Melalui sesi interaktif dan praktikal ini juga, peserta diberi panduan tentang penggunaan teknologi AI untuk mempertingkatkan kecekapan kerja dan mencapai hasil yang lebih optimum.
Program ini telah dirangka sebanyak 2 siri bagi terus memperkasa kemahiran digital staf Jabatan Pendaftar.
Peserta Siri 1 : 21 Januari 2025
Peserta Siri 2 : 12 Februari 2025
Turut hadir pada Siri Ke-2, Pendaftar USM, Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, yang menzahirkan komitmen tinggi terhadap penerapan AI sebagai pemangkin produktiviti dan kecekapan kerja. Menurutnya, kemahiran ini diharapkan dapat membantu staf Jabatan Pendaftar dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien, cekap, dan inovatif kerana AI bukan sekadar teknologi, tetapi alat untuk transformasi kerja yang lebih berdaya saing!
Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkukuhkan keupayaan staf Jabatan Pendaftar dalam mengadaptasi teknologi terkini demi mempertingkatkan prestasi organisasi.
Sumber & Foto : FB Pusat Transformasi Insan USM