Program Latihan Kawad Kebakaran dan Latihan Asas Pengendalian Haiwan Berbisa telah berjaya dilaksanakan pada 5 Disember 2025 bertempat di Bangunan Canselori. Ianya merupakan salah satu usaha dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan warga staf.
Aktiviti ini melibatkan prosedur pengosongan bangunan secara teratur, taklimat keselamatan oleh pasukan keselamatan USM, demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan sedikit penerangan berkaitan binatang berbisa yang selalu dijumpai di kawasan kampus USM.
Pelaksanaan latihan ini bertujuan memastikan semua staf lebih peka, bersedia, dan mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan sebenar.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua peserta dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718