PROGRAM 3R PERKEMAS KETRAMPILAN PEGAWAI TADBIR USM

PULAU PINANG, 27 OGOS 2024 – Program khas Retreat, Relax & Refresh (3R) yang disertai oleh pegawai-pegawai tadbir Universiti Sains Malaysia (USM) disifatkan sebagai platform khusus yang dapat memperkasa ketrampilan dan meningkatkan produktiviti mereka dalam menjalankan tugas masing-masing.

20240827 01

Dengan pendekatan kursus yang mengambil kira tiga komponen utama iaitu kesejahteraan minda dan kepimpinan, fizikal serta nilai, ia dilihat dapat memberi manfaat besar buat semua peserta yang mengikuti program 3R itu yang diadakan selama tiga hari di Gopeng, Perak.

20240827 02

Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Sharif berkata, objektif utama program di bawah inisiatif USMku Sejahtera itu adalah untuk menjajarkan minda pegawai tadbir Universiti (PTU) dengan Pelan Strategik USM 2024-2026.

Selain itu katanya, program 3R menjadi satu platform khusus untuk menyemarakkan konsep ‘Saya Sayang USM’ dan menekankan aspek kebersamaan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan PTU.

“Program ini yang menekankan aspek retreat, relax dan refresh memberi manfaat khusus termasuk membantu menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan, mengurangi stres dan meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan PTU.

20240827 03

20240827 04

“Ia turut membantu memperkuat hubungan kerja, meningkatkan kreativiti dan inovasi serta memupuk PTU untuk memperkasa pengetahuan dan ketrampilan bagi melaksanakan amanah mereka secara lebih efisien di pusat tanggungjawab masing-masing,” ujar beliau.

3R anjuran Pusat Transformasi Insan USM dengan kerjasama rakan strategik itu antara lain memuatkan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi khas seperti PTU Take a Break, The Power of Vision dan Work Life Balance: Optimized Productivity yang dapat menyuntik motivasi kepimpinan.

20240827 05

20240827 06

Sesi bersama Ahli Lembaga Gabenor USM, Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah yang bertajuk Peranan Pentadbir dalam Memacu Pelan Strategik Universiti pula dilihat memberi input lebih jelas untuk PTU sama-sama memperkukuhkan peranan bagi menjayakan pelan strategik Universiti.

20240827 07

20240827 08

Selain itu, ketahanan PTU USM turut diuji dengan aktiviti fizikal seperti water rafting dan explorace, yang diadakan khusus untuk meningkatkan ketahanan fizikal dalam membantu PTU menghadapai cabaran serta mengatasi stres di tempat kerja dengan cara yang sihat.

20240827 09

3R disertai oleh PTU USM dalam pelbagai gred jawatan meliputi kampus Induk, Kejuruteraan, Kesihatan, Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju dan sebagainya.

Lebih menarik, buat julung kalinya PTI melancarkan Podcast Talent Knowledge Sharing (TalkS) bersempena dengan program berkenaan, yang maa podcats berkenaan bertujuan menjadi platform perkongsian pengalaman dalam aspek kepimpinan dan amalan baik tadbir urus di kalangan PTU.

USM adalah universiti awam pertama menyediakan platform perkongsian pentadbiran melalui Podcast TalkS. Siri pertama Podcast TalKS ini telah menampilkan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Kanan sebagai panel, dengan diikuti siri seterusnya yang bakal menampilkan pentadbir-pentadbir USM yang lain.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Pusat Transformasi Insan

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.