Skip to main content

PELANCARAN PROGRAM PENANAMAN POKOK PERINGKAT JABATAN PENDAFTAR

USM PULAU PINANG, 23 April 2024 - Pelancaran Program Penanaman Pokok Peringkat Jabatan Pendaftar ini telah dilaksanakan oleh Encik Azizudin Bin Mohd Shariff (Pendaftar) dihadapan kehadiran hampir 50 staf Jabatan Pendaftar dan juga beberapa wakil pelajar USM.

20240422 02

Sebanyak 30 pokok calamansi (pokok limau kasturi hybrid) telah ditanam dikawasan belakang Bangunan Canselori bagi menyokong Program Penanaman 1 Juta Pokok Peringkat Negeri Pulau Pinang dan juga bersempena sambutan hari bumi sedunia pada Isnin yang lalu.

20240422 12

Objektif utama program ini ialah memulihkan dan melindungi ekosistem semulajadi, menerapkan konsep hijau dan meningkatkan nilai kelestarian di kalangan warga USM.

20240422 10

Foto : En. Mohd Erwan Roslan
#programkelestarian #greenoffice #selamatharibumi2024