• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PEGAWAI TADBIR PERKASA KOMPETENSI DIGITAL MELALUI PROGRAM AI & CHATGPT

PEGAWAI TADBIR PERKASA KOMPETENSI DIGITAL MELALUI PROGRAM AI & CHATGPT

Pulau Pinang, 16 April 2025 – Seramai 44 orang pegawai tadbir Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyertai Program Pembangunan Bakat: Pacu Produktiviti Melalui AI & ChatGPT dalam Pentadbiran anjuran Pusat Transformasi Insan (PTi) yang telah berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Canselori II, USM.

Program ini merupakan platform latihan intensif yang bertujuan untuk memperkukuh penguasaan kemahiran digital dalam kalangan pegawai pentadbiran, khususnya dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan aplikasi ChatGPT bagi meningkatkan kecekapan kerja serta produktiviti dalam tugasan harian.

Latihan ini turut memberi fokus kepada pendekatan hands-on, di mana peserta berpeluang meneroka secara praktikal penggunaan AI dalam konteks sebenar pentadbiran, termasuk penulisan dokumen, penganalisaan data serta komunikasi dalaman yang lebih efisien.

Penganjuran ini merupakan sebahagian daripada tiga siri latihan berfasa yang dirancang berlangsung sepanjang April hingga Mei 2025, dengan sasaran untuk melibatkan penyertaan menyeluruh daripada kalangan pegawai tadbir.

PTi terus komited dalam memperkasakan kompetensi pegawai tadbir agar lebih bersedia dan tangkas dalam mendepani cabaran digital semasa, selaras dengan aspirasi universiti ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Sumber : FB Pusat Transformasi Insan

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Friday 18 April 2025.