MESYUARAT AGUNG KALI KE 13 KELAB JASA BUDI USM

23 Mei 2026 - Kelab Jasa Budi Universiti Sains Malaysia (KJB USM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-13 di Dewan Bankuet, Canselori II, dengan kehadiran seramai 56 orang, termasuk enam orang tetamu jemputan yang terdiri daripada Pendaftar USM, Timbalan Pendaftar BSM, wakil Jawatankuasa KJB Kampus Kesihatan serta Pengacara Majlis yang dijemput khas sempena penganjuran AGM kali ini.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Faizal bin Osman, Timbalan Pendaftar BJIM merangkap Pengacara Majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua KJB, YBhg. Dato’ Azman bin Abdullah, diikuti ucapan perasmian oleh Pendaftar USM, YBrs. Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video khas serta sesi penyampaian cenderahati. Majlis turut menyampaikan cenderahati kepada Puan Nur Haszilawati binti Hassan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Sekretariat Kelab Jasa Budi USM. Beliau kini telah berhijrah ke Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin bermula 15 Januari 2026 lalu. Selain itu, sesi fotografi bersama ahli dan tetamu jemputan turut diadakan sebagai kenang-kenangan.

Mesyuarat telah sebulat suara mengekalkan Jawatankuasa KJB Sidang 2024-2026 untuk sidang baharu 2026-2028.

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Jasa Budi (KJB) yang telah dilantik bagi Sidang 2026-2028 :

Yang Dipertua : YBhg Dato' Azman bin Abdullah

Timbalan Yang Dipertua : Tuan Hj Mohd Saad bin Hj Din

Setiausaha : Puan Rohilatifah binti Baharum @ Harun

Bendahari : Encik Hud bin Hj Md Yassin

Ahli Jawatankuasa :
- Dr. Mohd Adi Firdaus Tan bin Abdullah
- Encik Azhan bin Samsudin
- Tuan Hj Kamarudin b. Mohamed Ismail Merican
- Encik Sathu Raman a/l Subramaniam

Juruaudit : Encik Mohamed Illias bin Shahul Hamid

Mesyuarat Agung kali Ke-13 telah ditangguhkan secara rasmi oleh Yang Dipertua KJB sidang 2026–2028, YBhg. Dato’ Azman bin Abdullah, pada jam 12.10 tengah hari. Semua yang hadir kemudiannya dijemput menikmati jamuan makan tengah hari secara bufet.

Jawatankuasa Kelab Jasa Budi USM bagi sesi 2026–2028 berharap agar semua ahli terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti serta program yang akan dianjurkan oleh kelab pada masa hadapan.

Koleksi gambar boleh dilayari melalui pautan link dibawah :
https://photos.app.goo.gl/z2qZd5roRTEAWmJZ8

#BerjasaBertenagaBerbakti
#KelabJasaBudiUSM
#KamiMemimpin

    Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Monday 14 September 2026.