MESYUARAT AGUNG KALI KE 12 KELAB JASA BUDI USM
31 Mei 2025, Sabtu - Kelab Jasa Budi USM (KJB) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-12 di Dewan Bankuet, Canselori II, dengan kehadiran seramai 60 orang Ahli serta 5 orang jemputan iaitu Pendaftar, Timbalan Pendaftar BSM, wakil Jawatankuasa KJB Kampus Kesihatan, Kelantan serta Pengacara Majlis yang juga telah dijemput khas sempena AGM kali ini.


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Faizal bin Osman, Timbalan Pendaftar BJIM merangkap pengacara majlis kali ini. Mesyuarat dimulai dengan Ucapan dari Yang Dipertua KJB iaitu YBhg. Dato' Azman bin Abdullah serta ucapan serta perasmian oleh Pendaftar USM, YBrs. Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff. Majlis disusuli dengan tayangan video khas oleh KJB serta diserikan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada semua tetamu jemputan sempena AGM KJB kali ke 12 ini. Majlis turut merakamkan beberapa gambar Ahli bersama tetamu jemputan sebagai kenang-kenangan.


Mesyuarat secara rasminya telah ditangguhkan oleh Yang Dipertua KJB 2024-2026, YBhg. Dato' Azman bin Abdullah pada jam 1.10 tengah hari. Semua yang hadir telah disajikan dengan jamuan makan tengah hari secara 'buffet'.

Jawatankuasa KJB bagi sidang 2024-2026 berharap mendapat sokongan daripada semua Ahli dalam menjayakan aktiviti/program yang akan dianjurkan lagi oleh KJB.
Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM
Koleksi gambar boleh dilayari melalui pautan link dibawah :
https://photos.app.goo.gl/5GZdchG9QaNKipjU7
#BerjasaBertenagaBerbakti
#KelabJasaBudiUSM
#KamiMemimpin