Pusat Transformasi Insan (PTI) telah menganjurkan Program Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti: Peranan & Kompetensi Kumpulan Pelaksana pada 21 Julai 2026 m. Program ini telah disampaikan oleh En. Jalaludin bin Azizan, Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, dan disertai oleh staf Kumpulan Pelaksana (Pentadbiran) Gred 1 hingga 4. Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta terhadap peranan, tanggungjawab serta kompetensi yang diperlukan dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada amalan kerja profesional, pembudayaan kecemerlangan serta penghayatan nilai integriti dalam pelaksanaan tugas. Diharapkan program ini dapat mempertingkat kompetensi staf kumpulan pelaksana, sekali gus menyokong aspirasi USM dalam melahirkan warga kerja yang berprestasi tinggi serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berimpak.
Sumber Asal : FB Pusat Transformasi Insan USM
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718