Skip to main content

MASTERING YOUR EMOTIONAL INTELLIGENCE AT WORK

15 APRIL 2025 – Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Mastering Your Emotional Intelligence At Work bertempat di Dewan Bankuet, Canselori II.

Program yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus Abu Mansor, Pegawai Psikologi dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar ini bertujuan untuk membantu peserta memahami kelebihan dan kekurangan diri serta memanfaatkan kekuatan personaliti bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya. Program ini juga melatih peserta dalam kemahiran komunikasi dan empati untuk membina hubungan sosial yang lebih baik.

Sumber : FB Pusat Transformasi Insan