MAJLIS PENGHARGAAN BAGI MERAIKAN STAF YANG BERSARA
USM PULAU PINANG, 8 Jun 2024 – Pejabat Pendaftar telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi meraikan staf yang akan bersara dan berpindah tempat bertugas pada 7 Jun 2024 (Jumaat), jam 2.45 petang di Dewan Persidangan Universiti (DPU). Majlis dihadiri oleh sebahagian staf Bahagian Sumber Manusia dan Pejabat Pendaftar.
Selain itu, Encik Ahmad Fadhlul Irham Yusoff, Pengarah Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi juga turut dijemput bersama bagi memeriahkan lagi majlis.
Tetamu yang dirai adalah Dr. Subramaniam Govindan yang bermula bersara pada 16 April 2024 dan Encik Ahmad Zuri Makhtar akan bersara pada 1 Ogos 2024. Keduanya merupakan staf Pejabat Pendaftar.
Manakala, Puan Nur Izzati Abd Wahab turut dirai kerana bertukar tempat tugas dari Pejabat Pendaftar ke Pusat Kajian Kelestarian Global pada 1 Jun 2024 yang lalu.
Kesemua hadiah penghargaan disampaikan oleh Encik Mohd Azizudin Bin Mohd Shariff, Pendaftar USM.
Foto oleh Encik Mohd Erwan Bin Roslan (Pejabat Pendaftar)