Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar telah mengadakan Majlis Amanat Pendaftar kepada Kontinjen Perarakan Staf USM Bersempena Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 21 Ogos 2026 bertempat di Dewan Utama Pelajar A (DUP A), Universiti Sains Malaysia.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff, Pendaftar Universiti Sains Malaysia, yang telah menyampaikan amanat kepada kedua-dua kontinjen yang akan mewakili Universiti Sains Malaysia di Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pada tahun ini, seramai 30 orang staf terlibat dalam Kontinjen Maulidur Rasul, manakala seramai 47 orang staf menyertai Kontinjen Kawad Hari Kebangsaan.
Dalam amanat yang disampaikan, beliau menekankan kepentingan aspek disiplin, keseragaman, kerjasama dan semangat kebersamaan dalam kalangan anggota kontinjen. Penampilan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota bukan sahaja mencerminkan semangat berpasukan, malah turut membawa imej dan nama baik Universiti Sains Malaysia.
Majlis turut menyaksikan acara simbolik penyerahan sepanduk kepada Ketua Kontinjen Maulidur Rasul serta penyerahan plakad dan bendera kepada dua orang wakil Kontinjen Kawad Hari Kebangsaan.
Turut hadir Puan Sarina binti Razak, Timbalan Pendaftar, Menjalankan Fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia, Puan Nurul Izzati binti Rozali, Pengarah Pusat Transformasi Insan, serta pegawai-pegawai Jabatan Pendaftar.
Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718