• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • LAWATAN KERJA DAN PROGRAM KELESTARIAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KE CEMACS

LAWATAN KERJA DAN PROGRAM KELESTARIAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KE CEMACS

Lawatan Kerja dan Program Kelestarian Bahagian Sumber Manusia ke Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS) telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mei 2026 (Selasa) dengan penglibatan peserta dari kalangan warga staf Bahagian Sumber Manusia dan Pejabat Pendaftar. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk :

1. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar.
2. Memberi pendedahan berkaitan pemuliharaan ekosistem marin dan pesisir pantai.
3. Menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti kemasyarakatan dan kelestarian.
4. Memupuk semangat kerjasama dan silaturahim dalam kalangan pegawai serta staf.

Program dimulakan dengan perjalanan dari kampus Universiti Sains Malaysia ke Taman Negara Teluk Bahang sebelum para peserta menaiki bot menuju ke Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS). Ketibaan peserta di CEMACS disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Sarina Binti Razak yang menjalankan fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia, diikuti ucapan oleh Encik Mohd Azizudin Bin Mohd Shariff selaku Pendaftar. Program diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan fungsi serta aktiviti CEMACS yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mahadi Bin Mohammad, Pengarah CEMACS.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah menyertai pelbagai aktiviti termasuk senaman ringan, aktiviti gotong-royong dan pembersihan pantai, lawatan ke muzium, galeri serta hatchery, selain aktiviti semaian pokok sebagai usaha menyokong agenda kelestarian alam sekitar. Program turut memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pemuliharaan ekosistem marin dan pesisir pantai.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh semua warga staf yang terlibat amat dihargai dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program ini.

    Sumber : Bahagian Sumber Manusia

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Friday 15 May 2026.