Skip to main content

KONTINJEN PERBARISAN USM MUNCUL SEBAGAI NAIB JOHAN KATEGORI IPT SEMPENA PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 16 September 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat pencapaian membanggakan apabila Kontinjen Perbarisan USM dinobatkan sebagai naib johan Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Pertandingan Perbarisan Merdeka Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Keputusan tersebut diumumkan sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 16 September 2026. Melalui pencapaian tersebut, Kontinjen USM menerima wang tunai berjumlah RM2,000.00 berserta sijil dan piala iringan.

Kontinjen yang disertai oleh staf USM daripada pelbagai jawatan dan skim perkhidmatan itu telah menjalani beberapa sesi latihan dan raptai sebagai persediaan sebelum menyertai perbarisan pada 31 Ogos 2026.

Tahniah diucapkan kepada seluruh Kontinjen Perbarisan USM atas pencapaian serta kesungguhan yang ditunjukkan dalam membawa nama USM di peringkat negeri.

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia