Skip to main content

KIBARKAN JALUR GEMILANG, SEMARAKKAN SEMANGAT KEBANGSAAN!

WARGA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR BERSAMA MENJAYAKAN BULAN KEBANGSAAN KE-69

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69, warga Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar tampil bersama menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Bangunan Canselori sebagai tanda cinta akan negara.

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, memupuk rasa bangga sebagai rakyat Malaysia serta menghayati erti kemerdekaan dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Bersama Membina Negara."

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia