JOM SERTAI PROGRAM SENI EKSPRESIF JIWA (SEJIWA) USM 2023

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) akan menganjurkan program Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USM Tahun 2023.   

Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) USM 2023 merupakan program kesedaran kesejahteraan mental yang julung kalinya diadakan di Universiti Sains Malaysia melalui aktiviti ekspresi seni bagi lima (5) kategori pertandingan iaitu pidato, nyanyian, pantun, video pendek dan deklamasi puisi yang bertemakan “Mental Sejahtera, Warga Bahagia” dengan melibatkan penyertaan daripada pelajar & staf USM. Usaha pelaksanaan program bervariasi baharu ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesejahteraan mental dan peranan perkhidmatan kaunseling yang dapat diperluaskan bukan sahaja kepada warga USM malah kepada orang awam.    

Jom pilih acara yang ingin anda sertai :

  1. Pidato Kesejahteraan Mental "Piala Pendaftar USM" : https://forms.office.com/r/DCvLwV6Gd2
  2. SEJiwa Voice : https://forms.office.com/r/Z6draLRZ0S
  3. Mendeklamasi Puisi : https://forms.office.com/r/rfRdFrf7B1
  4. Mencipta Pantun :  https://forms.office.com/r/0sjnJBxfQG
  5. Video Pendek Media Kreatif : https://forms.office.com/r/Gg79QNFXu7

Syarat Pertandingan SEJiwa USM 2023 : https://drive.google.com/drive/folders/10GXiThxrQ6CVM17um7GWDMyw40mJDWKE?usp=sharing

Urusetia Pertandingan Pidato Kesejahteraan Mental & Mencipta Pantun :

Encik Muhammad Firdaus Abu Mansor
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar 
No. Tel : 04-653 6095  | Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Urusetia Pertandingan SEJiwa Voice :

Puan Nur Amirah Asyikin binti Hasmizar
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar 
No. Tel : 04-653 6077  | Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    

Urusetia Pertandingan Video Pendek & Mendeklamasi Puisi :

Encik Mohamad Shafieq bin Ishak
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar 
No. Tel : 04-653 6072  | Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.      

2023 38 sejiwa1

2023 38 sejiwa2

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718