JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERUTUSAN NAIB CANSELOR USM 2024

20240214 01

USM PULAU PINANG, 14 Februari 2024 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan sesiapa sahaja yang berminat dijemput mengikuti Majlis Perutusan Naib Canselor USM 2024 pada hari Selasa, 20 Februari 2024, jam 2.30 petang di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.

Naib Canselor, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed akan menyampaikan perutusannya yang bertajuk 'Memimpin Kecemerlangan APEX' dengan menggariskan fokus-fokus tumpuan USM pada tahun ini dalam memenuhi misi dan visinya.

Perutusan yang sama akan diadakan di Auditorium Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal pada hari Rabu, 21 Februari 2024, jam 2.30 petang dan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Kelantan pada hari Isnin, 26 Februari 2024, jam 9.30 pagi.

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.