• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • BAHAGIAN SUMBER MANUSIA USM SEMARAK SAMBUTAN HARI MALAYSIA MELALUI JALAN LAJU 1,000 JALUR GEMILANG

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA USM SEMARAK SAMBUTAN HARI MALAYSIA MELALUI JALAN LAJU 1,000 JALUR GEMILANG

PULAU PINANG, 9 September 2026 – Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 2026 menerusi Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026 yang berlangsung sejauh tiga kilometer di Lot Parkir Bata Merah, berhadapan PPPJJ USM, hari ini.

Program yang dianjurkan melalui Unit Perhubungan dan Kesejahteraan Staf (UPKS), BSM dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM itu menghimpunkan 32 kontinjen daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) melibatkan 816 peserta, selain 25 peserta daripada kontinjen jemputan Kelab Jasa Budi USM (Kelab Pesara USM).

Sebanyak 1,000 unit Jalur Gemilang turut disediakan dan diberikan kepada para peserta untuk dikibarkan sepanjang laluan, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Azlan Amran, bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, YBrs. Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya serta Pendaftar USM, YBrs. Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff.

Selain menggalakkan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal, program ini turut menjadi wadah mengeratkan hubungan dan kebersamaan warga universiti menerusi penglibatan pelbagai kontinjen.

Dalam pertandingan kontinjen, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin muncul sebagai Johan dan menerima wang tunai RM1,000.00 serta sijil. Pusat Transformasi Digital (PTD) meraih Naib Johan dengan hadiah RM700.00 dan sijil, manakala Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pendaftar mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM500.00 dan sijil.

Naib Canselor USM, YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., ketika merasmikan program penutup berkata, aktiviti tersebut bukan sekadar menggalakkan kecergasan fizikal, malah mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk komuniti universiti yang sihat, aktif, harmoni dan bersatu.

Beliau turut menegaskan bahawa pembudayaan gaya hidup sihat penting dalam menyokong kesejahteraan warga dan kecemerlangan universiti, di samping membuka ruang kepada warga USM daripada pelbagai latar belakang untuk berinteraksi, beramah mesra dan mengukuhkan hubungan dalam suasana positif.

Teks oleh : Muhammad Firdaus Abu Mansor

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Monday 14 September 2026.