Skip to main content

PODCAST "SEMBANG KAUNSELOR" EDISI KAUNSELOR STAF HOSPITAL PAKAR USM 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Seri/Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan & Kesejahteraan Staf (UPKS), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Podcast "Sembang Kaunselor" Edisi Kaunselor Staf HPUSM 2026 seperti ketetapan berikut :-
Tarikh
:
11 Jun 2026 (Khamis)
Masa
:

10.00 pagi – 11.30 pagi

Tajuk
:
Menyuluh Sinar di Balik Keresahan
Panel
:

Cik Nik Nurin Kamelia Ahmad Khariri K.B;P.A

Medium
:

Facebook Live menerusi Laman Facebook Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM

(https://www.facebook.com/kaunselorstafusm)

Untuk makluman YBhg. Dato’ Seri/Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, penganjuran podcast ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Bahagian Sumber Manusia dalam memperkukuh agenda kesejahteraan mental dan psikososial warga universiti. Seiring dengan keperluan semasa yang menuntut keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan kesejahteraan diri, platform ini diwujudkan sebagai ruang diskusi terbuka, santai dan berinformasi yang mengetengahkan isu-isu berkaitan kesihatan mental, kaunseling, psikologi serta pembangunan diri.

Podcast yang bertajuk "Menyuluh Sinar di Balik Keresahan" merupakan satu perkongsian yang berfokus kepada kepentingan keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan kehidupan peribadi dalam mendepani pelbagai cabaran kehidupan masa kini. Dalam persekitaran tuntutan kerja yang semakin mencabar, tekanan, keletihan emosi dan keresahan yang memberi kesan kepada kesejahteraan individu serta produktiviti di tempat kerja. 

Perkongsian adalah berkaitan konsep work-life balance, tanda-tanda awal tekanan dan keresahan, serta pendekatan untuk mengurus tuntutan kerja tanpa mengabaikan kesejahteraan diri. Program ini turut menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mental, pembinaan daya tahan diri (resilience) dan strategi mewujudkan keseimbangan yang lebih sihat demi meningkatkan kualiti hidup dan prestasi kerja bagi kesejahteraan individu. Di samping itu, perkongsian ini turut memberi penekanan kepada usaha memperkasa sistem sokongan sosial dan peranan perkhidmatan kaunseling sebagai medium bantual awal dalam membantu individu menelusuri cabaran emosi, meningkatkan daya tindak (coping skills) serta membina kesejahteraan psikologi yang lebih baik. 

Selari dengan tajuk "Menyuluh Sinar di Balik Keresahan", perkongsian ini diharapkan dapat menjadi ruang refleksi dan sokongan bagi menguruskan kerja dan kehidupan serta membina kehidupan yang lebih seimbang, produktif dan sejahtera.

Sehubungan dengan itu, semua warga USM dijemput untuk menyertai program ini secara PERCUMA, dengan pemberian mata myCPD bagi Staf dan myCSD bagi Pelajar USM. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Cik Nur Amalina Mohd Sagaf (Sambungan 6243 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Sokongan dan penyertaan semua warga USM amatlah dihargai dalam usaha menyemarakkan lagi usaha membudayakan kesejahteraan mental dan persekitaran kerja yang sihat di Universiti.

Sekian, terima kasih.

b/p     Encik Muhammad Firdaus bin Abu Mansor K.B;P.A.
            Pegawai Psikologi
            Bahagian Sumber Manusia
            Jabatan Pendaftar