Skip to main content

PODCAST "SEMBANG KAUNSELOR" EDISI KAUNSELOR KAMPUS KESIHATAN USM 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ Seri/Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan & Kesejahteraan Staf (UPKS), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Podcast "Sembang Kaunselor" Edisi Kaunselor Kampus Kesihatan USM 2026 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh
:
26 Jun 2026 (Jumaat)
Masa
:
10.00 pagi – 11.30 pagi
Tajuk
:
First Aid Emosi : Kita Manusia, Bukan Robot
Panel
:
1. Puan Masdira binti Muhammad K.B;P.A
2. Encik Muhamad Nabil bin Che Musa K.B;P.A
Medium
:
Facebook Live menerusi Laman Facebook Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM
Untuk makluman YBhg. Dato’ Seri/Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, penganjuran podcast ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Bahagian Sumber Manusia dalam memperkukuh agenda kesejahteraan mental dan psikososial warga universiti. Seiring dengan keperluan semasa yang menuntut keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan kesejahteraan diri, platform ini diwujudkan sebagai ruang diskusi terbuka, santai dan berinformasi yang mengetengahkan isu-isu berkaitan kesihatan mental, kaunseling, psikologi serta pembangunan diri.

Podcast yang bertajuk "First Aid Emosi : Kita Manusia, Bukan Robot"  mengetengahkan kepentingan menjaga kesejahteraan emosi dalam menghadapi tuntutan kehidupan dan pekerjaan. Podcast ini akan membincangkan konsep empati kendiri (self-compassion) sebagai langkah awal dalam memahami, menerima dan melayan diri dengan lebih baik. Selain itu, perkongsian turut menyentuh tentang symptom check - tanda anda menjadi robot bagi membantu individu mengenal pasti tanda-tanda keletihan emosi dan kecenderungan mengabaikan keperluan diri.

Podcast ini juga mengupas cara mengenali serta menghentikan pengkritik dalaman (inner critic)yang sering menjejaskan keyakinan diri. Di samping itu, perkongsian ini diharapkan dapat membantu individu mengurus emosi dengan lebih berkesan, meningkatkan daya tahan diri serta mewujudkan keseimbangan yang lebih baik antara tuntutan kehidupan dan kesejahteraan diri.

Sehubungan dengan itu, semua warga USM dijemput untuk menyertai program ini secara PERCUMA, dengan pemberian mata myCPD bagi Staf dan myCSD bagi Pelajar USM. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Cik Nur Amalina Mohd Sagaf (Sambungan 6243 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Sokongan dan penyertaan semua warga USM amatlah dihargai dalam usaha menyemarakkan lagi usaha membudayakan kesejahteraan mental dan persekitaran kerja yang sihat di Universiti.

Sekian, terima kasih.

b/p     Encik Muhammad Firdaus bin Abu Mansor K.B;P.A.
            Pegawai Psikologi     
            Bahagian Sumber Manusia             
            Jabatan Pendaftar