Tarikh : 1 Ogos 2025
Masa : 10.00 pagi
Anjuran : Pusat Transformasi Insan USM
PROGRAM PODCAST TALENT KNOWLEDGE SHARING (TaLKS) Siri 2/2025
Bekerja Dengan Jiwa: Dari Pengalaman ke Inspirasi
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua panel jemputan dan moderator yang telah menjayakan sesi Podcast TaLKS Siri 2/2025. Perkongsian yang sarat dengan pengalaman, nilai murni dan inspirasi ini pastinya memberi suntikan semangat kepada semua warga Universiti.
Nantikan Siri 3/2025 yang akan menampilkan Setiausaha Pejabat sebagai panel jemputan khas, dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti!
Teruskan bersama kami dalam siri Podcast TaLKS – ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan aspirasi dalam dunia pentadbiran universiti.
Sumber Online : FB Pusat Transformasi Insan USM