• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • USM PERKUKUH EKOSISTEM AKADEMIK MELALUI PENGIKTIRAFAN PERANAN JURURAWAT PENGAJAR

USM PERKUKUH EKOSISTEM AKADEMIK MELALUI PENGIKTIRAFAN PERANAN JURURAWAT PENGAJAR

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Jun 2026 – Seramai 25 staf menghadiri Taklimat Perlaksanaan Tukar Lantik Skim Perkhidmatan Jururawat kepada Skim Perkhidmatan Pengajar yang disampaikan oleh Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Azizudin Mohd Shariff di Dewan Persidangan, Kampus Kesihatan USM, hari ini.

Taklimat tersebut bertujuan memberi pencerahan kepada kumpulan jururawat yang menjalankan tugas pengajaran di Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) berhubung pelaksanaan pertukaran pelantikan skim perkhidmatan yang bakal dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Para peserta diberikan penerangan terperinci serta kesempatan dialog dan soal jawab bagi membantu mereka memahami perubahan yang terlibat, termasuk kemudahan, faedah serta implikasi berkaitan apabila pertukaran skim tersebut berkuat kuasa kelak.

Perubahan skim perkhidmatan ini merupakan hasil cadangan daripada kumpulan jururawat sendiri yang telah diperakukan oleh pihak pengurusan USM dan seterusnya memperoleh kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sesi taklimat ini turut mencerminkan komitmen pengurusan sumber manusia USM yang sentiasa peka dan memahami keperluan skim perkhidmatan.

Pelaksanaan pertukaran skim perkhidmatan ini bukan sahaja membuka ruang pembangunan kerjaya yang lebih jelas kepada kumpulan jururawat yang terlibat, malah memperlihatkan usaha berterusan universiti dalam menghargai kepakaran serta sumbangan mereka terhadap kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di USM.

Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar yang Menjalankan Fungsi Ketua Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia (BSM) Sarina Razak, serta pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Sumber Manusia dan Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan USM.

#USMMemimpin
#KampusSejahtera
#MalaysiaMADANI

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Wednesday 22 July 2026.