PROGRAM USMKU SEJAHTERA : MENCETUS SINERGI PEGAWAI TADBIR

Program USMku Sejahtera : Pegawai Tadbir USM telah berjaya dilaksanakan pada 22 – 24 Ogos 2025.

20250822 01

Program ini menghimpunkan pegawai tadbir USM dari pelbagai kampus bagi mengukuhkan jaringan, meningkatkan keupayaan kepimpinan, serta memperkukuh semangat kerjasama melalui aktiviti berfokuskan pembangunan diri dan pasukan.

Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta terlibat dalam siri aktiviti berstruktur yang merangkumi sesi perkongsian ilmu, perbincangan strategik, serta aktiviti luar berpasukan yang dirangka bagi memupuk nilai integriti, profesionalisme dan daya tahan dalam kalangan pegawai tadbir.

20250822 12

Penganjuran siri kali ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kerja dan ukhuwah sesama warga pentadbiran, malah menjadi pemangkin dalam menyokong agenda Universiti Sains Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan fasilitator yang menjayakan program ini. Semoga siri seterusnya terus memberikan inspirasi dan impak positif kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan universiti.

20250822 14

Sumber : FB Pusat Transformasi Insan

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Wednesday 24 September 2025.