Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan Program Penjajaran Deskripsi Tugas (Job Description) pada 16 Julai 2026 bertempat di Bilik Seminar, PTI.
Program yang dikendalikan oleh Encik Mohd Jalaludin Binti Azizan, Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia (BSM), telah disertai oleh 30 orang Pegawai Gred 9 hingga Gred 10 daripada skim Pentadbiran.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap skop, peranan dan tanggungjawab berdasarkan deskripsi tugas terkini, di samping memperkukuh kompetensi serta profesionalisme pegawai dalam melaksanakan amanah dan fungsi perkhidmatan dengan lebih berkesan.
Semoga ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta menyokong kecemerlangan pengurusan Universiti.
Sumber : FB Pusat Transformasi Insan
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718