• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PEMAKLUMAN UPACARA KONVOKESYEN KE-63 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

PEMAKLUMAN UPACARA KONVOKESYEN KE-63 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

PULAU PINANG, 22 Julai 2025 – Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah menitahkan perkenan bahawa Upacara Konvokesyen Ke-63 USM dilangsungkan pada tarikh berikut:

Selasa, 25 November 2025 hingga Selasa, 2 Disember 2025 di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang.

Upacara Konvokesyen ke-63 USM ini akan diadakan dalam empat belas (14) sidang, dengan Sidang Pertama akan dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Canselor.

Manakala, bagi Sidang Kedua (S2) sehingga Sidang Keempat Belas (S14) akan dipengerusikan oleh Pro-pro Canselor USM mengikut jadual yang akan ditetapkan.

Upacara Konvokesyen ke-63 ini akan meraikan anggaran seramai 9,286 graduan, meliputi pelbagai peringkat pengajian, termasuk Ijazah Tinggi (PhD dan Sarjana: 4,051), Ijazah Sarjana Muda (5,188), dan Diploma Kejururawatan (47).

Upacara Konvokesyen ini merupakan detik yang amat bermakna bagi seluruh warga Universiti, khususnya para graduan, ibu bapa dan ahli keluarga, sebagai simbol kejayaan serta penghargaan atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan sepanjang tempoh pengajian.

Pengurusan Universiti merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan DYMM Tuanku Canselor bagi penetapan tarikh Upacara Konvokesyen Ke-63 USM.

Sekalung tahniah turut diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan yang bakal diraikan dalam konvokesyen pada tahun ini.

Nota: Jumlah anggaran graduan adalah tepat setakat 22 Julai 2025 dan tertakluk kepada perubahan yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Sumber : FB Universiti Sains Malaysia

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Sunday 19 October 2025.