• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PERJUMPAAN SESI PERTAMA PENDAFTAR BERSAMA PEGAWAI TADBIR : MEMPERKASA PERANAN PENTADBIR KE ARAH TADBIR URUS CEMERLANG

PERJUMPAAN SESI PERTAMA PENDAFTAR BERSAMA PEGAWAI TADBIR : MEMPERKASA PERANAN PENTADBIR KE ARAH TADBIR URUS CEMERLANG

PERJUMPAAN SESI PERTAMA PENDAFTAR BERSAMA PEGAWAI TADBIR/ KETUA PENTADBIRAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)/ INSTITUT DI KAMPUS INDUK: MEMPERKASA PERANAN PENTADBIR KE ARAH TADBIR URUS CEMERLANG

USM PULAU PINANG, 19 Ogos 2025 – Pendaftar, Universiti Sains Malaysia, Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Perjumpaan Sesi Pertama Bersama Pegawai Tadbir/ Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab/ Institut di Kampus Induk yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti (DPU).

20250820 08

Perjumpaan ini adalah ruang penting untuk menyelaras kefahaman dan memperkukuh kolaborasi antara pentadbiran PTJ dalam penyelarasan dasar dan proses kerja berkaitan disamping sebagai platform perkongsian maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan universiti.

Turut hadir ke perjumpaan ini adalah Puan Sarina Razak menjalankan fungsi Ketua BSM yang bertindak sebagai pembuka majlis dalam sesi perjumpaan pertama ini.

20250820 11

Enam topik utama yang ditekankan oleh Pendaftar dalam perjumpaan ini adalah berkaitan dengan Pengurusan Dasar/Proses Kerja, Pengurusan Disiplin, Penyeliaan dan Penilaian Prestasi Staf, Penyampaian Perkhidmatan (Service Delivery), Pengoptimuman Perjawatan serta Kesejahteraan Staf.

Dalam ucapan beliau, Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff menegaskan bahawa Pegawai Tadbir adalah tulang belakang kepada pentadbiran universiti.

“Sebagai barisan hadapan pengurusan, Pegawai Tadbir perlu memahami dengan jelas dasar serta proses kerja, selain mengekalkan disiplin dan profesionalisma. Inilah kunci kepada pentadbiran universiti yang cekap dan cemerlang serta menjadi keutamaan dalam usaha kita meningkatkan keberkesanan pentadbiran USM” katanya.

20250820 03

Sesi ini turut memberi ruang soal jawab, membolehkan pegawai berkongsi isu, melontarkan pandangan dan cadangan penambahbaikan secara terbuka untuk perkhidmatan universiti yang cemerlang.

Perjumpaan seumpama ini diharap dapat memupuk sinergi, meningkatkan profesionalisma dan memperkasa budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan Pegawai Tadbir USM.
Pihak Jabatan Pendaftar yakin pertemuan sebegini mampu memperkukuh profesionalisma pentadbiran, menyemai budaya kerja cemerlang dan seterusnya menyokong aspirasi universiti sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi bertaraf global.

20250820 04

Perjumpaan bersama Pegawai Tadbir Universiti akan dilaksanakan secara bersiri, bermula dengan Kampus Induk dan seterusnya diteruskan bersama Pegawai Tadbir PTJ/Pusat Pengajian di kampus-kampus cawangan seperti yang telah dijadualkan.

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Sunday 19 October 2025.