• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • MAJLIS PELANTIKAN TIMBALAN DEKAN DAN TIMBALAN PENGARAH BAGI PUSAT PENGAJIAN/PUSAT TANGGUNGJAWAB SESI 2025/2027

MAJLIS PELANTIKAN TIMBALAN DEKAN DAN TIMBALAN PENGARAH BAGI PUSAT PENGAJIAN/PUSAT TANGGUNGJAWAB SESI 2025/2027

USM PULAU PINANG, 8 Januari 2025 – Hari ini di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung Majlis Pelantikan Timbalan Dekan dan Timbalan Pengarah bagi Pusat Pengajian/Pusat Tanggungjawab bagi sesi 2025/2027.

Majlis ini berperanan sebagai makluman rasmi bagi pelantikan kesemua individu terbabit bagi melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan, sama ada di Pusat Pengajian mahupun di Pusat Tanggungjawab masing-masing untuk sesi 2025/2027.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Kluster Kepimpinan USM, Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah.

Ini diikuti oleh ucapan amanat dari Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Timbalan-timbalan Dekan yang menerima pelantikan terdiri daripada mereka dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan; Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan; Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan; Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa; Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam; Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral; Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik; Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia; Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik; Pusat Pengajian Komunikasi; Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh; Pusat Pengajian Pengurusan; Pusat Pengajian Seni; Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan; Pusat Pengajian Sains Farmasi; Pusat Pengajian Sains Kajihayat; Pusat Pengajian Sains Kesihatan; Pusat Pengajian Sains Komputer; Pusat Pengajian Sains Pergigian; Pusat Pengajian Sains Fizik; Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan; Pusat Pengajian Sains Kimia; Pusat Pengajian Sains Matematik; dan Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Turut disertakan ialah penyerahan watikah pelantikan kepada beberapa Pengarah yang baru dilantik bagi menerajui Pusat Tanggungjawab seperti Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF); Pusat Pengurusan Projek (PMO); Pejabat Zakat, Waqaf dan Infaq (ZAWAIN), Penerbit USM; Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT); Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC); dan Jabatan Keselamatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima pelantikan bagi tahun 2025/2027, dan diharap semua akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memastikan visi dan misi Pusat Pengajian/Pusat Tanggungjawab serta Universiti dapat direalisasikan dengan sebaiknya.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin/Foto: Shahnizam Ab Rahim
Sumber : www.usm.my (MPRC)

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Thursday 27 March 2025.