• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • CERAMAH "ASYIK OVERTHINKING SAMPAI NAIK PENING" DI JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

CERAMAH "ASYIK OVERTHINKING SAMPAI NAIK PENING" DI JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

Pada 19 Jun 2026, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar berbesar hati menerima jemputan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk mengendalikan Ceramah "Asyik Overthinking Sampai Naik Pening" yang telah berlangsung di Dewan Utama, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Jalan Residensi.

Ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Shafieq bin Ishak, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai fenomena overthinking, faktor-faktor yang menyumbang kepada corak pemikiran berlebihan, kesannya terhadap kesejahteraan mental serta pendekatan yang boleh diamalkan untuk menguruskan pemikiran secara lebih sihat dan konstruktif.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta turut berpeluang mengikuti aktiviti refleksi dan perkongsian interaktif yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengurus emosi, membina daya tahan psikologi serta mengamalkan strategi yang dapat membantu mengurangkan kecenderungan berfikir secara berlebihan dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja.

Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Diharapkan jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan melalui pelbagai inisiatif pembangunan modal insan pada masa akan datang.

Sumber : FB Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Wednesday 22 July 2026.