• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • BENGKEL PEMURNIAN SOALAN PENILAIAN MYTALENT USM PERKASA PENILAIAN KOMPETENSI PENTADBIR

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN PENILAIAN MYTALENT USM PERKASA PENILAIAN KOMPETENSI PENTADBIR

Pulau Pinang, 10 Mac 2025 – Pusat Transformasi Insan (PTi), Universiti Sains Malaysia (USM), telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Soalan Penilaian MyTalent USM pada 10 hingga 11 Mac 2025 bertempat di Bilik Seminar, PTi.

Bengkel ini merupakan inisiatif strategik dalam memperkasakan set soalan kompetensi yang digunapakai bagi penilaian MyTalent serta memainkan peranan penting dalam Pelan Penggantian Kepimpinan Pentadbir USM.

Bengkel intensif selama dua hari ini merupakan platform dinamik bagi memastikan sistem penilaian kompetensi di USM selaras dengan keperluan semasa, relevan dengan arus perubahan global, serta memenuhi piawaian kecemerlangan yang ditetapkan.

Dengan kehadiran para pakar dan tenaga profesional berpengalaman, bengkel ini menandakan komitmen berterusan USM dalam melahirkan modal insan berdaya saing serta kepimpinan pentadbiran yang unggul.

Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap pemantapan sistem penilaian ini, Pendaftar USM, Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, turut hadir pada sesi pembentangan hari kedua bagi memberikan maklum balas serta pandangan konstruktif berkaitan set soalan MyTalent. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen kepimpinan USM dalam memastikan keberkesanan serta ketelusan sistem penilaian yang lebih holistik dan berimpak tinggi.

Sumber : FB Pusat Transformasi Insan

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Thursday 27 March 2025.