• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 18 TAHUN 2025 : HEBAHAN PELAWAAN ASET KERETA UNTUK DILELONG

HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 18 TAHUN 2025 : HEBAHAN PELAWAAN ASET KERETA UNTUK DILELONG

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
 
YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Profesor/YBrs. Dr./Tuan/Puan
 
HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 18 TAHUN 2025 :  HEBAHAN PELAWAAN ASET KERETA UNTUK DILELONG.
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.      Dimaklumkan Pejabat Pendaftar ingin mempelawa sesiapa yang berminat untuk menilai dan membeli kenderaan Proton Perdana V6 Sedan, Volvo 940 GL(A) Sedan dan Naza Ria 2.5(A) MPV yang diluluskan untuk Lupus dan Jual oleh Jawatankuasa Pelupusan Aset dan Barang (JPAB) Kampus Induk bermula 26 Mac 2025 sehingga 11 April 2025 jam 12.00 tengah hari.
 
3.      YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Profesor/YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh membuat janjitemu dan mendapatkan dokumen sebutharga daripada Cik Nurul 'Aqidah binti Moklis melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. serta boleh menghubungi di talian 04-6532433. Butiran tarikh lawatan untuk melihat dan memeriksa kenderaan adalah seperti berikut:
 
                                                  Tarikh    : 8 April 2025 -9 April 2025 (Rabu dan Khamis)
                                                  Masa     : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
                                                  Lokasi   : Parkir Kenderaan Universiti, Bangunan Canselori,
                                                                     Universiti Sains Malaysia.
 
Sekian, untuk makluman.
 
Terima kasih.     
 

 "MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 
 
 
(PEJABAT PENDAFTAR)

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Thursday 27 March 2025.