PROFIL

DEFINISI

DEFINISI PENDAFTAR

Menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Pendaftar bermaksud ' Pendaftar, atau Ketua Jabatan dalam Universiti yang menguruskan hal sumber manusia, hal akademik atau hal pentadbiran umum, dan termasuklah mana-mana orang lain dengan gelaran apa jua disebut, yang dilantik ke jawatan sepenuh masa yang diwujudkan dan dinamakan seperti itu oleh Statut atau selainnya.'

 

 

 

 

 

 

 

PERANAN

PERANAN PENDAFTAR

Peranan Pendaftar tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej 1971 Perlembagaan Universiti Sains Malaysia,
dinamakan Statut XXI - PENDAFTAR telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1979.

Peranan Pendaftar antara lain hendaklah termasuk perkara-perkara yang berikut :-

  1. sebagai penyimpan rekod, dokumen dan apa-apa harta lain Universiti yang ditentukan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa.
  2. bertindak sebagai Setiausaha kepada semua Pihak Berkuasa Univeristi dan menyimpan minit mesyuarat Pihak-Pihak berkuasa tersebut.
  3. menguruskan peperiksaan yang dijalankan oleh Universiti.
  4. melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas-tugas yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan, Statut-Statut, Akta-Akta dan Peraturan-Peraturan
  5. menjalankan apa-apa tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Naib Canselor